Video Gelagat Kucing Pijak Seekor Buaya Di Sabah Buat Netizen Terhibur

6 Dec 2022 • 9:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Si kecil yang sering menjadi peliharaan mendominasi video berbanding si pemangsa

Video Gelagat Kucing Pijak Seekor Buaya Di Sabah Buat Netizen Terhibur. Pemangsa utama yang cukup menggerunkan jika kita berada di kawasan sungai, tidak lain tidak bukan, sang buaya yang menanti habuannya. Bahkan, bukan sahaja di kawasan sungai, kini, si pemangsa ini juga mula mengganas di kawasan laut.

Namun, bukan aksi ganas si pemangsa yang menjadi tarikan kali ini apabila si kecil comel yang sentiasa menjadi pilihan peliharaan pula yang mendominasi video.

image is not available
Video Gelagat Kucing Pijak Seekor Buaya Di Sabah Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @dzmnrhnn

Seekor kucing telah berjalan dan berdiri di atas badan seekor buaya di Lahad Datu, Sabah buat netizen terhibur

Berlaku di bawah sebuah rumah di Lahad Datu, Sabah, seekor kucing berwarna hitam putih dengan spontan berjalan dan berdiri di atas badan seekor buaya. Gelagat ini telah dirakam oleh pemilik akaun TikTok @dzmnrhmn dan mula tular.

image is not available
Video Gelagat Kucing Pijak Seekor Buaya Di Sabah Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @dzmnrhnn

Dalam rakaman tersebut, kedengaran hingar-bingar orang memanggil kucing tersebut kerana aksinya terlalu berbahaya. Namun, aksi dan gelagat kucing tersebut juga telah membuat netizen terhibur.

“Itu baru cektam belum lagi oyen”. Begitu antara respon netizen yang terhibur dengan gelagat spontan kucing tersebut. Walaupun berkali-kali telah dipanggil, kucing tersebut benar-benar seperti tidak mengendahkan dan tidak menyedari kehadiran buaya yang dipijaknya.

image is not available
Video Gelagat Kucing Pijak Seekor Buaya Di Sabah Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @dzmnrhnn

Semoga kucing dan buaya tersebut, dua-duanya selamat. Buaya tersebut pun rasanya di dalam keadaan santai dan tenang dan tidak memberi tindak balas yang agresif kepada kucing tersebut.