(Video) “Pedih Dengar Bunyi Tu” – Budak Main Bawah Flat Selamba Ketuk Kereta Orang, Netizen Tanya Mak Ayah Mana

4 Nov 2022 • 10:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di TikTok, viral satu rakaman video menunjukkan beberapa orang kanak-kanak bermain di kawasan parking kereta dipercayai di sebuah flat perumahan.

Seorang daripada kanak-kanak itu dilihat mengetuk kereta yang diparkir menggunakan objek seperti rotan. Perakam yang merakam video daripada aras rumahnya tak menjerit untuk tegur kerana menghormati waktu Maghrib.

Dia mempersoalkan kenapa ibu bapa biar je anak main tanpa dipantau sehingga merosakkan harta benda orang lain.

Katanya lagi, video dirakamnya ini boleh dijadikan bukti jika kereta diketuk itu calar balar.

Orang punya jagaa kereta, macam tuu ja depaa buat main. Kepada makpak yang ada anak kecil suka main dekat bawah flat atau kawasan parking kereta, tolong pantau nahh. Bukan takmau tegoq/marah, masa nih maghrib, tak elok nak jerkah sebab dok tingkat atas. Kalau kereta calaq nah bukti p claim kat makpak dia.

Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa ‘sakit hati’ mendengar bunyi ketukan kereta. Mereka berharap ibu bapa lebih bertanggungjawab jaga anak selepas ini.

image is not available

image is not available

Iyalah, kita hidup berjiran dan bermasyarakat mestilah nak hidup harmoni je kan? Dah jadi macam ni siapa nak tanggungjawab?

Kredit: TikTok @frhnbhah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.