[VIDEO] Guru ‘Nyanyi’ Lagu Jalur Gemilang Gunakan Bahasa Isyarat Terima Pujian Netizen

Entertainment
18 Sep 2023 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lalu boleh dikatakan rata-rata sekolah di Malaysia mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan pelbagai acara di sekolah masing-masing dan ada banyak juga video gelagat murid dan cikgu meraikan hari tersebut telah dikongsikan di media sosial seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini.

Seorang guru di sebuah sekolah pendidikan khas awam di Kuantan mendapat pujian netizen selepas menggunakan bahasa isyarat ketika menyanyikan lagu Jalur Gemilang semasa sambutan sekolah.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna @namakulin22, guru berkenaan yang lengkap berbaju Melayu itu dilihat menyanyi dengan penuh keterujaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolahnya.

Jika dilihat sekali imbas, pastinya ramai yang menyangka reaksi berkenaan adalah biasa, namun sebenarnya guru berkenaan sedang ‘menyanyi’ lagu patriotik itu dengan menggunakan bahasa isyarat supaya pelajarnya boleh memahami lagu tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai tampil memuji tindakan guru lelaki berkenaan kerana tetap mengambil kira kefahaman anak muridnya dan tidak ingin mereka berasa ketinggalan dalam menyanyikan lagu tersebut.

Tidak kurang juga yang mengatakan perbuatan guru berkenaan memberi inspirasi kepada ramai selain ada yang menyarankan agar mata pelajaran bahasa isyarat diajarkan di sekolah rendah walaupun ianya sekadar asas agar ia memberi manfaat kepada murid-murid nanti.

Menurut TRP, bahasa utama yang digunakan komuniti yang mempunyai masalah pendengaran di Malaysia ialah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan ianya merupakan bahasa isyarat rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan. Bahasa Isyarat Malaysia juga digunakan dalam siaran dan pengumuman.

Sumber : TRP | TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.