(VIDEO) Hampir ‘Accident’ Dengan Lori, Pemandu Bagi Alasan ‘Emergency Brake’ Sebab Anak Bising

Cars
23 Jun 2022 • 4:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata jika pemandu atau penunggang tidak peka dengan keadaan jalan raya.

Akan tetapi, sikap sesetengah pengguna jalan raya yang sesuka hati membuat tindakan mengejut menyebabkan nyawa pengguna lain dalam bahaya.

Begitulah detik kejadian yang ditunjukkan dalam rakaman dashcam yang dimuat naik oleh seorang pemandu yang hampir terlibat kemalangan akibat sebuah kereta yang brek mengejut tanpa memikirkan kenderaan sekeliling.

Dikatakan alasan kereta putih tersebut brek secara tiba-tiba kerana anaknya membuat bising di tempat duduk belakang kereta.

Walau bagaimanapun, pemilik video berkenaan menyatakan tidak nampak seorang kelibat budak di dalam kereta tersebut membuatkan alasan berikut tidak diterima.

Mujur tiada sebarang kecederaan atau kerosakan yang berlaku membabitkan kedua-dua kenderaan, akan tetapi warganet tidak melepaskan peluang melepaskan kemarahan terhadap kereta putih tersebut.

image is not availableimage is not available

image is not available 1 minggu lalu

"Berat Betul Dugaan"- Ibu Siap Masak Untuk Sambut Hari Jadi Tapi Anak Meninggal Terlibat Kemalangan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved