(VIDEO) “Sekali Dia Tak Check Pun” – Lelaki Cuak Nampak ‘Roadblock’ JPJ, Kelam Kabut Cabut ‘Tinted’ Kereta

20 Jun 2022 • 1:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nash yang memaparkan gelagat rakannya telah menjadi perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, dilihat dia dan rakannya sedang berada di dalam kereta namun mereka ternampak sekatan jalan raya semasa dalam perjalanan ke destinasi yang dituju.

Malah, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila melihat aksi mereka yang terpaksa berdepan dengan roadblock JPJ itu.

image is not available

Ada JPJ gais.

Oleh kerana terlalu ‘cuak’ melihat sekatan jalan raya itu, rakannya terus bertindak mencabut tinted tingkap kereta kerana takut disaman pihak JPJ.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah berjaya meraih 1.7M tontonan, 93.5K tanda suka, dan 1.2K komen di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat tindakan spontan yang dilakukan lelaki itu tanpa berfikir panjang.

Hahaha laju koyak bro – netizen.

Member yang rakam gelak… member yang drive tu nyawa dah nak tercabut ahahah,” tulis seorang warganet.

Sekali tengok JPJ tak check pun cermin tinted,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 jam lalu

(VIDEO) "Tak Ada 'A' Tak Apa, Yang Penting Dapat Laki" - Ibu Bangga Anak Kahwin Lepas SPM Ini Undang Kecaman Netizen