[VIDEO] ‘Hanya tinggal kenangan, betapa besar pengorbanan mereka’

9 Sep 2026 • 9:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Hanya tinggal kenangan, betapa besar pengorbanan mereka’

PETALING JAYA – ‘Hanya tinggal kenangan, betapa besarnya pergorbanan mereka.

Demikian luahan seorang pengguna di aplikasi Threads dikenali sebagai Nanadofficials yang telah berkongsi klip video yang memaparkan  helikopter BO-105 yang membawa lima individu ternasuk empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum nahas berlaku.

“Video yang dirakam sebelum berlakunya kejadian yang tak diingini, masa ni semuanya masih seperti biasa, siapa sangka selepas tu semuanya berubah.

“Semoga segala pengorbanan mereka menjadi asbab kebaikan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Aminn,” tulis individu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meratapi pemergian kelima-lima mangsa nahas itu dan mereka mendoakan agar kesemua yang terkorban di tempatkan dalam golongan orang yang beriman.

“Lambaian yang terakhir dari sebelah pilot untuk mereka di bawah. Semuga Allah SWT menempatkan mereka di kalangan orang yang soleh dan soleha untuk beragama Islam. Al-Fatihah,”tulis Abdulrahmanabubakar5478.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Matnoriahche.

“AllahuAkbar, menangis tengok video ni. Rupanya lambaian terakhir, berehatlah di syurga Allah duhai pejuang-pejuang rakyat. Semoga tabah keluarga yang ditinggalkan,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, sebuah helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF yang dikendalikan Layang-Layang Aerospace terhempas semasa dalam dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Miri menuju ke Long Lellang.

Penerbangan berkenaan adalah bagi menjalankan perkhidmatan FDS yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman dan sukar diakses.

Insiden tersebut telah mengorbankan lima nyawa termasuk juruterbang, Kapten Zainol, Dr Ainul, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Alexson Adit dan dua jururawat, Debra Moset serta Jessie Paya. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] ‘Hanya tinggal kenangan, betapa besar pengorbanan mereka’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved