Video Didakwa ‘Lambaian Terakhir’ Mangsa Nahas Helikopter FDS Undang Sebak Netizen

9 Sep 2026 • 7:29 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Video Didakwa ‘Lambaian Terakhir’ Mangsa Nahas Helikopter FDS Undang Sebak Netizen

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video yang didakwa memaparkan lambaian petugas Flying Doctor Service (FDS) sebelum tragedi nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak kini tular di media sosial dan mengundang rasa sebak orang ramai.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna Threads @ahmadazwan_alfateh, yang turut menitipkan ucapan takziah buat semua mangsa dan keluarga yang ditinggalkan.

Menerusi rakaman itu, beberapa petugas kesihatan bersama juruterbang dilihat melambai ke arah individu yang merakam sebelum helikopter berlepas. Ramai netizen menyifatkan rakaman tersebut sebagai detik yang cukup menyentuh hati selepas kesemua lima mangsa disahkan terkorban ketika menjalankan tugas.

Raih ribuan ucapan takziah

Ruangan komen dipenuhi ucapan takziah dan doa buat mangsa serta keluarga yang ditinggalkan. Ada yang menyifatkan mereka sebagai wira dan wirawati negara kerana sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman demi memastikan penduduk mendapat akses rawatan kesihatan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi bahawa video tular itu benar-benar merupakan rakaman terakhir mangsa sebelum penerbangan yang berakhir dengan nahas.

Lima petugas terkorban ketika menjalankan tugas

Dalam kejadian pada 8 September lalu, helikopter FDS yang dalam perjalanan ke Long Lellang, Ulu Baram dilaporkan terhempas berhampiran STOLport Long Lellang. Nahas itu mengorbankan lima individu iaitu seorang juruterbang, seorang doktor, seorang penolong pegawai perubatan dan dua jururawat. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tragedi itu turut mengundang kesedihan rakyat Malaysia yang menzahirkan penghargaan atas jasa semua mangsa sepanjang berkhidmat untuk masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak. – The Malaysian Update

The post Video Didakwa ‘Lambaian Terakhir’ Mangsa Nahas Helikopter FDS Undang Sebak Netizen appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved