[VIDEO] ‘Hari ini urus isu negara, esok hal rumah tangga’

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Hari ini urus isu negara, esok hal rumah tangga’

PETALING JAYA – Berbaki 24 jam sebelum melangsungkan pernikahan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap hadir untuk mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2027 dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen petang tadi.

Kehadiran Syed Saddiq mencuri perhatian pengguna media sosial selepas rakaman suasana Dewan Rakyat dikongsikan pengguna @anasdamian menerusi Threads.

“Buat peminat ‘BASS’, sekarang YB (Yang Berhormat) Syed Saddiq sedang sibuk urusan negara. Esok baru selesaikan urusan rumah tangga,” tulisnya.

Setakat petang tadi, hantaran tersebut meraih lebih 92,000 tontonan, ribuan tanda suka dan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Syed Saddiq turut berkongsi semula hantaran itu dengan kapsyen berseloroh bahawa kedua-dua tanggungjawab tersebut perlu ditunaikan.

“Hari ini untuk rakyat, esok untuk isteri. Dua-dua wajib hadir,” katanya.

Difahamkan, kehadiran Syed Saddiq di Dewan Rakyat petang ini dilbuat selepas Majlis Khatam al-Quran bersama tunangnya, Bella Astillah pagi tadi.

Situasi pasangan sama cantik sama padan yang sibuk dengan urusan masing-masing sehari menjelang hari bahagia mereka turut menghiburkan pengguna media sosial.

“Kahwin tak kahwin, rekod kehadiran penuh kena pertahankan!” komen seorang pengguna.

“Kalau YB masuk Parlimen petang ini, Bella pula masuk studio rakaman lagu. Dua-dua sibuk sebelum nikah esok,” kata seorang lagi netizen.

“Hari terakhir sebagai lelaki bujang di Parlimen. Minggu depan datang ke Parlimen sebagai suami orang,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Hari ini urus isu negara, esok hal rumah tangga’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved