Anwar sambut ketibaan Presiden Mesir selepas bentang Belanjawan 2027

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 9:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar sambut ketibaan Presiden Mesir selepas bentang Belanjawan 2027

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Anwar berkata, beliau terus ke KLIA selepas selesai membentangkan Belanjawan Madani Kelima bagi menyambut ketibaan pemimpin Mesir itu yang mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut beliau, Malaysia dan Mesir dijadual mengadakan mesyuarat dua hala esok bagi menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Insya-Allah, esok kami akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama serta bertukar pandangan terkait isu serantau dan antarabangsa, selain menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman antara Malaysia dan Mesir,” katanya menerusi satu hantaran hari ini.

Lawatan Negara itu dijangka menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan diplomatik serta memperluas kerjasama Malaysia-Mesir dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar sambut ketibaan Presiden Mesir selepas bentang Belanjawan 2027 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved