[VIDEO] Hasrat ibu masak mi goreng hari jadi anak berakhir tragedi

24 Nov 2026 • 9:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Hasrat ibu masak mi goreng hari jadi anak berakhir tragedi

KANGAR – Hasrat seorang ibu untuk meraikan sambutan hari lahir anak bongsunya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Tebuk Tengah, Simpang Empat di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa, Noryshah Umar, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebatang pokok.

Image from: [VIDEO] Hasrat ibu masak mi goreng hari jadi anak berakhir tragedi
Noryshah

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR dalam perjalanan dari arah Jalan Kampung Serdang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, pekerja kantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) itu dalam perjalanan pulang selepas singgah membeli bahan mentah untuk memasak juadah mi goreng sempena ulang tahun kelahiran ke-13 anak bongsunya, Ku Haris Zaquan Ku Sofian pada malam kejadian.

Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan suasana pilu apabila anak bongsu mangsa menangis teresak-esak di sisi jenazah ibunya sambil ditenangkan orang awam di lokasi nahas.

Manakala satu lagi klip video memaparkan beberapa pemuda mengusap bahu kanak-kanak yang tersandar pada batang pokok untuk menenangkannya.

Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebuk Tengah pada pukul 11 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved