Video Henry Golding Dan Antoni Porowski Berada Di Waterfront Kuching Buat Netizen Teruja

4 Nov 2023 • 6:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Henry Golding dan Antoni Porowski kini di Kuching, Sarawak

Video Henry Golding Dan Antoni Porowski Berada Di Waterfront Kuching Buat Netizen Teruja. Kini berada di Kuching Sarawak, kehadiran Henry Golding bintang Hollywood terkenal yang berasal dari Betong ini telah mendapat perhatian ramai penduduk tempatan.

Peminat Henry Golding dari Sarawak teruja melihat kehadiran beliau terutamanya apabila Henry singgah di Chong Choon Cafe baru-baru ini untuk menikmati sajian istimewa di Bumi Kenyalang iaitu Kolo Mee.

image is not available
Video Henry Golding Dan Antoni Porowski Berada Di Waterfront Kuching Buat Netizen Teruja. Gambar tangkap layar dari TikTok @djm6169

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @djm6169

Tular video Henry dan Antoni berada di Waterfront, Kuching

Namun demikian semalam, terdapat sebuah video tular (144k tontonan di Tiktok setakat artikel ini ditulis) di mana seorang pengguna TikTok @djm6169 terserempak dengan Henry Golding bersama Antoni Porowski yang merupakan selebriti/personaliti televisyen Kanada di Waterfront, Kuching.

Untuk pengetahuan Antoni Porowski merupakan bintang dalam rancangan Netflix terkenal yang telah memenangi Anugerah Emmy iaitu ”Queer Eye” dan juga merupakan pengacara National Geographic siri ”No Taste Like Home”. Antoni turut berkongsi pengalamannya di Kuching di Intstastorynya!

image is not available
Gambar tangkap layar dari Instastory Antoni Porowski

image is not available
Gambar tangkap layar dari Instastory Antoni Porowski

Di ruangan komen video TikTok berkenaan pula, netizen rata-ratanya teruja dengan kehadiran kedua-dua selebriti Hollywood berkenaan di Kuching, Sarawak.

Baca komen netizen di sini:

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @djm6169

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @djm6169

Anda rasa, apa maksud di sebalik perjumpaan kedua selebriti terkenal ini di Waterfront Kuching? Adakah akan ada kolaborasi di antara mereka? Cuba komen pendapat anda di media sosial kami!

Lagi selebriti antarabangsa terkenal yang pernah ke Kuching, Sarawak:

https://www.iloveborneo.my/k-drama-oppa-yoo-seung-ho-kini-melakukan-penggambaran-di-sarawak/

https://www.iloveborneo.my/netizen-teruja-bintang-popular-korea-selatan-rain-bakal-ke-kuching-sempena-aiffa/