(VIDEO) Hisap ‘Vape’ Depan Orang Ramai, Mierul Aiman Dikecam – “Kau Tu Artis, Bukan Influencer TikTok”

Entertainment
14 Apr 2023 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon baharu, Mierul Aiman telah meraih populariti menerusi watak lakonannya Fakhri Ismet dalam drama bersiri Projek High Council dan menjadi kegilaan ramai terutama dalam kalangan gadis remaja.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman dilihat mendapat sambutan peminat yang luar biasa ketika berada di sebuah acara majlis.

Bukan itu sahaja, peminat yang hadir turut tidak dapat mengawal perasaan teruja sewaktu bertemu empat mata dengan pelakon berusia 25 tahun itu sehingga ada yang menjerit histeria untuk mendapatkan perhatiannya.

Namun, apa yang menjadi tumpuan netizen ialah apabila Mierul dilihat sempat menghisap rokok elektronik atau vape di hadapan orang ramai.

Susulan itu, ada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan juara Hero Remaja 2021 itu dan menegur perbuatannya yang dianggap tidak profesional itu.

Menerusi ciapan di Twitter, netizen turut meminta Mierul untuk menjaga imejnya sebagai seorang artis yang sentiasa menjadi ‘public figure’.

image is not available

Malah, ramai yang turut bersetuju dan berharap pelakon itu menjadi contoh yang baik kepada generasi muda sekarang.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

Gadis Dikritik Obses, Berikan 100 Sebab Sukakan Amir Ahnaf - "Gigi Dia, Rambut Dia, Bibir Dia, Pandai Baca Quran..."