[VIDEO] Hujan batu di Bangsar, Bangi petang ini

LocalEnvironment
25 Sep 2026 • 6:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Hujan batu di Bangsar, Bangi petang ini

PETALING JAYA – Orang ramai di sekitar Bangsar, Kuala Lumpur dan penduduk di Bangi, Selangor berkongsi fenomena hujan batu, ketika cuaca hujan lebat melanda di kawasan berkenaan pada petang ini.

Menerusi hantaran Thread, beberapa pengguna memuat naik video memperlihatkan ketulan kecil ais batu turun bersama hujan lebat dan ada juga yang mengena kenderaan sedang dipandu mereka.

“Hujan batu guys kat Bangsar,” kata pengguna Thread Ezzuanaz yang memuat naik video bunyi ketulan ais berserta hujan lebat ketika sedang memandu.

“Hujan batu sekitar Bangsar. Harap-harap kereta selamat,” kata Azri.a.zainal yang memuat naik video hujan lebat berserta ketulan kecil ais memasuki celah pintu pejabatnya.

“Hujan batu di Setia Alamsari Bangi Kajang,” kata pengguna Thread Famas1717 yang memuat naik video ketulan ais turun bersama hujan di halaman rumahnya.

Menerusi perkongsian Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada hantaran Facebook sebelum ini, kejadian hujan batu adalah suatu fenomena yang biasa terjadi di negara ini.

Hujan batu berlaku ketika kejadian ribut petir yang kuat (severe thunderstorm) berserta hujan lebat dan angin kencang. Apabila awan kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer, suhu udara melepasi nilai ambang tahap beku dan membentuk ketulan-ketulan ais.

Ais yang terbentuk di dalam awan turun bersama-sama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah. Titisan hujan yang terbentuk sebagai ketulan-ketulan air batu kebiasaannya bersaiz kecil sekitar 1.5 sentimeter iaitu sebesar guli.

Kejadian hujan batu ini lazimnya berlaku setempat (localised) iaitu kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus, dengan tempoh kejadian hujan batu juga agak singkat iaitu sekitar 10 hingga 20 minit sahaja. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Hujan batu di Bangsar, Bangi petang ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved