Ibu Tunggal Kayuh Basikal Demi Rezeki Raih Perhatian, Ramai Tampil Mahu Hulur Bantuan

25 Sep 2026 • 11:27 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Ibu Tunggal Kayuh Basikal Demi Rezeki Raih Perhatian, Ramai Tampil Mahu Hulur Bantuan

BANGI: Kisah seorang ibu tunggal yang gigih mengayuh basikal sebagai penghantar Foodpanda di sekitar Bandar Baru Bangi sekali lagi meraih perhatian ramai selepas video yang dikongsikan oleh akaun Threads @syerapurdah tular sehingga mencetuskan gelombang simpati warga maya.

Hantaran itu turut menarik perhatian beberapa pempengaruh, termasuk Adrian Edy, yang meminta orang ramai menghubunginya sekiranya mengenali wanita berkenaan bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Gigih Cari Rezeki Sejak Era PKP

Menurut perkongsian netizen, wanita dikenali sebagai Nora Admira itu merupakan ibu tunggal yang membesarkan anak autisme dan telah lama mencari rezeki sebagai penghantar Foodpanda menggunakan basikal.

Malah, penduduk sekitar mendakwa dia sudah melakukan kerja penghantaran sejak era PKP dan masih menggunakan basikal walaupun ramai penghantar lain telah beralih kepada motosikal.

Sebelum ini, Nora pernah mendapat perhatian selepas basikal yang menjadi sumber rezekinya dilaporkan dicuri sehingga memaksanya berjalan kaki sejauh kira-kira 20 kilometer untuk menghantar pesanan makanan.

Ramai Berharap Bantuan Dapat Disalurkan

Video terbaharu yang memaparkannya terus mengayuh basikal di bawah panas terik dan hujan sekali lagi menyentuh hati ramai, dengan netizen berharap lebih banyak pihak dapat membantunya mendapatkan pengangkutan yang lebih sesuai serta meringankan beban kehidupannya. – The Malaysian Update

The post Ibu Tunggal Kayuh Basikal Demi Rezeki Raih Perhatian, Ramai Tampil Mahu Hulur Bantuan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved