[VIDEO] ‘Hujan lebat lagi, Jalan Genting Klang dah banjir’

28 Nov 2026 • 3:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Hujan lebat lagi, Jalan Genting Klang dah banjir’

PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda ibu negara petang ini mengakibatkan kawasan sekitar Jalan Genting Klang di sini dilaporkan dilanda banjir kilat.

Menerusi klip video yang tular di Threads, paras air dilihat mula meningkat di kawasan sebuah stesen minyak serta sebahagian laluan jalan raya.

“Hujan besar lagi, macam nak banjir dah. Di Jalan Genting Klang lagi,” kata Brian Lee dalam hantaran di Threads sebentar tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 7 malam ini.

Antara kawasan terlibat ialah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Sepang di Selangor.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Hujan lebat lagi, Jalan Genting Klang dah banjir’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved