[VIDEO] Hutan terbakar, asap tebal selubungi sekitar bangunan JAIS

LocalEnvironment
17 Aug 2026 • 6:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Hutan terbakar, asap tebal selubungi sekitar bangunan JAIS

PETALING JAYA – Kebakaran hutan berhampiran bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas melihat kepulan asap tebal, hari ini.

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas beberapa pengguna berkongsi insiden kebakaran yang dipercayai berlaku di kawasan berkenaan.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Danishastral memaklumkan, api semakin marak dan kejadian dilaporkan berlaku berhampiran bangunan JAIS.

“Kebakaran makin teruk! Sebelah bangunan JAIS,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial lain yang memaklumkan mereka melihat kepulan asap dari beberapa lokasi sekitar Shah Alam.

“Nampak asap kat (dekat) Masjid Sultan Salahuddin tadi,” kata rose.ramly.75.

Seorang lagi pengguna, nclieeee_ berkata, dia turut melihat kepulan asap tebal ketika melalui Seksyen 6 selepas menghantar anak pulang dari sekolah.

“Patutlah balik sekolah tadi lalu RB Seksyen 6 nampak asap tebal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Hutan terbakar, asap tebal selubungi sekitar bangunan JAIS appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved