[VIDEO] Ibu Meremang Tengok Lukisan Anak, Ada Kaitan Dengan ‘Mental Health’ Ke?

Entertainment
3 Nov 2022 • 4:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kesihatan mental adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh masyarakat, ini kerana kepentingan kesihatan mental sama sahaja dengan kesihatan fizikal.

Keadaan mental yang tidak sihat boleh menyebabkan kita mengalami depresi, anxiety, dan lain-lain. Perkara ini harus diambil tindakan agar tidak berlanjutan dengan mengenal pasti gejala penyakit ini.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di media sosial Tiktok, seorang ibu telah menemui buku lukisan anak perempuannya yang mengandungi beberapa lukisan berunsur kesihatan mental.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat lukisan-lukisan tersebut mempunyai unsur-unsur terperangkap ataupun dibelenggu oleh sesuatu serta turut membawa vibe tidak gembira.

Warganet telah mengaitkan lukisan-lukisan tersebut kepada ‘Lukisan Mental Health’, dimana individu berkenaan akan melukis berdasarkan perasaan dan emosinya yang tidak dapat diekspresikan secara nyata.

Melalui sebuah posting berbeza di Facebook, Dr Nurul Syuhaida berkongsikan beberapa gambar yang dilukis oleh pesakit yang mengalami kemurungan. Lukisan in dikenali sebagai ‘Lukisan Mental Health’.

REALITI"Penyakit anak saya ni real ke doktor?""Ya""Selama ini saya hanya tengok di TV, tak sangka anak saya…

Posted by Nurul Syuhaida Abdul Razak on Tuesday, July 26, 2022

Menurut ibu kepada kanak – kanak perempuan tersebut, anaknya tidak pandai melukis pun sebelum ini dan selalunya lukisan dia biasa-biasa sahaja. Namun, kebelakangan ini dia suka menyendiri dan tidur di ruang tamu.

image is not available

“Sis, anak sis perlukan bantuan psychiatrist tu,” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang memberi cadangan agar si ibu membawa anaknya pergi berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

image is not available

Ada gangguan ni puan..

Bagaimanapun, ada netizen yang mengatakan ini lebih dari kesihatan mental dan mungkin juga kanak-kanak perempuan ini sedang ‘diganggu’ oleh sesuatu.

image is not available

Scary juga tengok gambar-gambar ni. Gangguan ataupun kesihatan mental, wallahualam yang penting semoga urusan adik ni dan ibunya dipermudahkan…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.