[VIDEO] Ibu tunggal didakwa sebar gambar bogel

2 Jul 2026 • 1:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Ibu tunggal didakwa sebar gambar bogel
Image from: [VIDEO] Ibu tunggal didakwa sebar gambar bogel
Seorang ibu tunggal didakwa pertuduhan memiliki bahan lucah dan menyebar di media sosial gambar bogel yang disunting, bulan lalu.
Image from: [VIDEO] Ibu tunggal didakwa sebar gambar bogel
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki bahan lucah dalam sebuah telefon bimbit miliknya di sebuah kondominium
Image from: [VIDEO] Ibu tunggal didakwa sebar gambar bogel
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MELAKA - Seorang ibu tunggal tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Khamis atas pertuduhan memiliki bahan lucah dan menyebar di media sosial gambar bogel yang disunting, bulan lalu.

**media[3568898]**

Tertuduh, T V Pavithra, 33, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki bahan lucah dalam sebuah telefon bimbit miliknya di sebuah kondominium di Kota Laksamana Jaya, Melaka Tengah pada 28 Jun 2026 sekitar jam 6.15 petang.

**media[3568891]**

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan niat menggunakan komunikasi melalui media sosial dengan menyebarkan gambar bogel yang telah diubah suai milik seorang wanita pada 24 Jun 2026 sekitar jam 11 malam di sebuah alamat di Melaka Raya, Melaka Tengah.

Perbuatan itu didakwa menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

**media[3568893]**

Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif memohon jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa, keluarga serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam, Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan merupakan ibu tunggal kepada seorang anak yang menjalankan perniagaan dalam talian dengan pendapatan tidak tetap sekitar RM2,000 sebulan.

Katanya, anaknya di bawah jagaan bekas suami namun menjaga ibu OKU fizikal dan adik yang mengalami masalah kesihatan mental.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved