[VIDEO] Ina Naim Sah Bernikah Dengan Mohd Khairul Rizal, Terima Wang Hantaran RM7,000

Entertainment
8 Nov 2024 • 10:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Segala persoalan mengenai status balu kepada penyanyi nasyid, Suhaimi Saad akhirnya terlerai hari ini apabila Ina Naim dilaporkan sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada jam 9.50 pagi tadi.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan TikTok Telur Pindang Tradisi Johor, pengantin lelaki dilihat dalam keadaan bersedia untuk majlis akad nikah dan persiapan seperti hantaran juga dilihat disusun oleh sanak saudara di lokasi majlis tersebut.

Terima hantaran RM7,000

Menurut mStar, Ina Naim atau nama penuhnya, Nordiana Md Naim, 40, telah menerima wang hantaran sebanyak RM7,000, kelengkapan solat, seutas gelang emas dan cincin beserta lima dulang hantaran.

Pihak Ina pula membalasnya dengan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

image is not available

Majlis pernikahan yang diadakan di Kg Felcra, Sg Ara, Kota Tinggi, Johor itu berlangsung dengan penuh sederhana dan pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohammad Ramadhan Mahroji dengan berwakil walikan bapa Ina, Naim Samijan.

Difahamkan juga Mohd Khairul Rizal merupakan seorang duda anak dua.

Video yang tular itu telah menerima pelbagai ucapan tahniah daripada netizen yang gembira di atas perkahwinan itu dan mendoakan yang terbaik buat Ina dan pasangannya.

Alhamdulillah… Tahniah Ina dan Mohd Khairul di atas pernikahan ini.

Sumber: TikTok, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.