[VIDEO] Ingatkan pak cik kurier, rupanya ‘rembat’ parcel penghuni

30 Oct 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Ingatkan pak cik kurier, rupanya ‘rembat’ parcel penghuni

PETALING JAYA – Disangka penghantar barang kerana membawa beg troli, seorang lelaki warga emas rupa-rupanya didakwa mencuri bungkusan milik penghuni di sebuah kawasan kediaman di Singapura.

Seorang pengguna Threads @eyqa_ally memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan warga emas tersebut menolak troli yang berisi lebih daripada 10 bungkusan didakwa milik penghuni lain dan kemudian dibawa pulang ke rumahnya.

Tambah wanita itu, pekerja syarikat kurier yang bertanggungjawab menghantar barangan pembeli turut terkesan apabil diminta membayar ganti susulan aduan kehilangan barangan tersebut.

“Semalam, orang kurier datang rumah cakap mereka kena compensate (bayar pampasan) sebab parcel (bungkusan) kena curi satu troli. Hari ini ada jiran muat naik video pak cik rupanya dalangnya parcel kami hilang.

“Cuba tengok, tenang je ambil barang orang lain. Sampai hati pak cik. Kesian penghantar (orang kurier) kena ganti rugi,” katanya.

Dalam hantaran video kedua dimuat naik @eyqa_ally, pak cik terbabit dilihat memulakan modusnya dengan berjalan dihadapan rumah penghuni dan mengambil mana-mana bungkusan yang ditinggalkan di luar pintu rumah.

“Ni part 1 dia heist (mencuri). Mula pintu ke pintu, angkat parcel dan pergi. Sebelum mencuri kedua sauk (ambil) satu troli. Dia ingat nak jadi ‘Lupin’ ke?,” dakwanya.

Wanita itu juga memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Pada masa sama, hantaran tersebut turut mencetuskan rasa geram dalam kalangan pengguna media sosial dan rata-ratanya meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pak cik terbabit yang didakwa mengambil hak orang lain.

“Printt out (cetak keluar) muka dia, biar dia tahu dia tu wanted (dikehendaki) jadi dia tak berani dah nak kuar rumah,” cadang Minniemots.

“Nak kata nyanyuk, tak mungkin…sebab kalau hari-hari dia rembat parcel, mencuri la tu,” kata @cdasuki7720.

“Jangan buat macam ini pak cik. Tak baik khianat orang,” tegur Sharifah Atiqahds. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Ingatkan pak cik kurier, rupanya ‘rembat’ parcel penghuni appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved