[VIDEO] Isu Belajar Atas Lantai Selesai, ADUN Merlimau Beli Kerusi & Meja Baru Buat Pelajar

Entertainment
17 May 2024 • 12:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular sebuah video memaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mengamuk apabila mendapat tahu pelajar di sebuah sekolah agama belajar di atas lantai.

Malah seorang wakil Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang dikenali sebagai ‘ustaz’ telah dimarahi Dr Akmal kerana walaupun bajet telah diluluskan tahun lalu, para pelajar itu masih tidak mendapat kerusi dan meja selepas lima bulan.

 

Tak perlu tunggu 8 bulan melayan birokrasi melampau

Namun menerusi perkongsian terbaru ADUN Merlimau ini, beliau dilihat sudah membeli kerusi dan meja baru buat pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Menurut Dr Akmal juga, isu ini telah diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan tidak perlu menunggu selama lapan bulan melayan proses birokrasi yang melampau.

@drakmalsaleh

Alhamdulilah meja dan kerusi anak2 selesai dalam 24 jam Tidak perlu tunggu 8 bulan melayan birokrasi yang melampau Moga anak2 kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa #drakmalsaleh #yangberkhidmat

♬ A Warrior – Lux-Inspira

Dalam video itu juga, dapat dilihat pelajar-pelajar sekolah tersebut teruja dengan sumbangan yang diterima dan mereka juga membantu dalam mengangkat serta menyusun meja dan kerusi di dalam kelas tersebut.

Malah Dr Akmal juga sempat memberi wang belanja RM100 buat kumpulan pelajar berkenaan yang sudi membantu.

Perkongsian tersebut mendapat pujian netizen yang menyokong tindakan ADUN terbabit pantas dalam menyelesaikan masalah dan berharap proses birokrasi ini dihapuskan supaya peruntukan dapat disalurkan secepat mungkin kepada pihak yang memerlukan.

image is not available

Semoga adik-adik ini cemerlang dalam pelajaran mereka. Mesti seronok dapat meja dan kerusi baru.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.