[VIDEO] Jadi Kerisauan Penduduk, Netizen Kongsi Video Paras Air Lebih Tinggi Dari Darat Di Jakarta

14 Dec 2022 • 8:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Dahsyat betul paras air di Jakartaimage is not available

[VIDEO] Jadi Kerisauan Penduduk, Netizen Kongsi Video Paras Air Lebih Tinggi Dari Darat Di Jakarta. Baru-baru ini telah tular di laman sosial di mana beberapa video menunjukkan keadaan paras air di Jakarta ini amat membimbangkan.

Sebelum ini kita juga telah digemparkan dengan berita bahawa ibu kota Indonesia akan dipindah ke Kalimantan Timur, yang dinamakan Nusantara. Dan pembangunan ibu kota baharu tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo pada bulan Mac lepas.

image is not available
[VIDEO] Jadi Kerisauan Penduduk, Netizen Kongsi Video Paras Air Lebih Tinggi Dari Darat Di Jakarta

Berkemungkinan bakal tenggelam sepenuhnya sebelum tahun 2030.

Hal ini kerana Jakarta telah dikhabarkan bakal tenggelam pada tahun 2050. Turut dilaporkan sehingga 26 sentimeter (cm) setahun, sehingga menjadikan ibu negara Indonesia antara bandar besar akan tenggelam paling cepat di dunia. 

Lama-kelamaan, keadaan di Jakarta telah menimbulkan kerisauan penduduk setempat dek kerana paras air laut yang semakin meninggi, tambah pula dengan cuaca yang tidak menentu.

Walau bagaimanapun, darurat iklim itu merisaukan orang ramai kerana kebarangkalian untuk ibu negara Indonesia itu tenggelam sepenuhnya sebelum tahun 2030 selepas melihat peningkataan paras air yang semakin membimbangkan.

image is not available
 Kredit: Mongabay

Banyak perkongsian video menunjukkan paras air yang kian meningkat

Perkongsian video milik @rizalmaulana067 di laman Tiktok, menunjukkan paras air laut sudah melepasi separuh daripada ketinggian tembok bertujuan menahan air laut daripada melimpah ke bahagian daratan.

Situasi ini telah mencetuskan kerisauan penduduk kerana jika paras air laut meningkat lagi, tekanan air laut juga turut meningkat dan tembok sedia ada berkemungkinan tidak berupaya menampung tekanan tersebut, lebih-lebih lagi jika keadaan lautan sedang bergelora atau terdapat gegaran pada dasar laut.