(VIDEO) “B*doh Amat” – Wanita Indonesia Cuba ‘Perlekeh’ Bahasa Melayu Undang Kecaman Netizen Malaysia

13 Dec 2022 • 3:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sejak beberapa hari ini mengenai sebuah video memaparkan seorang wanita yang berasal dari Indonesia cuba untuk membandingkan penggunaan ayat dalam bahasa Indonesia, Melayu dan Inggeris di TikTok miliknya.

Namun, perkongsian wanita itu telah mencetuskan pelbagai respon yang rata-ratanya berunsur kecaman kerana dia dilihat seperti memperlekehkan bahasa Malaysia kerana kebanyakan ayat yang dikongsinya itu salah.

Di Indonesia, kita kata belok kanan, belok kiri. Di dalam bahasa Inggeris, kita sebut turn right, turn left. Dalam bahasa Malaysia, mereka kata pusing kanan, pusing!

Antara yang lain, wanita itu berkata bahasa Malaysia memanggil pengawal keselamatan sebagai penunggu maling dan hantu pocong sebagai hantu bungkus.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ia sekaligus membuatkan rakyat Malaysia terutamanya berasa ‘panas hati’ dan menganggap wanita itu sebagai sengaja mencetuskan api pergaduhan dalam kalangan netizen Indonesia dan Malaysia.

Dari mana dia dapat terjemahan ni? Google translate ke?

Bodoh amat. Dia google translate ke apa. Jadi jela bibik diam-diam kalau datang Malaysia kak. Tak payah jadi pakar translate.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Jenis Confident Tinggi" - Persembahan Sumbang Di ATNM2, Kumpulan CEN2RY Jadi Bualan Netizen