[VIDEO] Jamal Abdillah Mohon Maaf Lepas Viral Video Didakwa Buat ‘Fitnah Politik’

Entertainment
8 Nov 2022 • 5:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi lagenda tanah air, Jamal Abdillah, baru-baru ini telah didakwa telah membuat kenyataan seolah-olah menyeru rakyat agar tidak mengundi parti pembangkang yang dikhuatiri akan menindas umat Islam.

Video yang dimuatnaik di laman Tiktok itu kemudiannya tular sehingga menjadi bualan warganet khususnya penduduk di Pulau Pinang, malah ramai yang menganggap Jamal membuat fitnah berunsurkan politik.

image is not available

Susulan itu, terdapat segelintir warganet yang mengkritik dan mengakui telah hilang rasa hormat kepada penyanyi itu oleh kerana tindakannya yang dikatakan telah menabur fitnah berunsurkan politik sesuka hati.

Buat video mohon maaf kepada warganet

Ekoran kejadian itu, Jamal hari ini telah memuatnaik sebuah video permohonan maaf di Tiktok yang ditujukan kepada semua rakyat Malaysia tentang kenyataan yang dikeluarkannya beberapa hari lepas.

Dia juga memohon maaf kepada parti berkenaan atas tuduhan yang dibuat berkenaan isu yang di luar pengetahuannya mengenai politik.

“Dengan rasa rendah dirinya saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana saya spin benda itu dalam keadaan saya tidak ketahui. Dan sebagai seorang rakyat Malaysia, kita memang tak mahu perkara-perkara ini berlaku,” katanya.

Dalam masa yang sama, Jamal berkata, mengenai larangan laungan azan di Pulau Pinang adalah khabar angin yang didengarinya dari perbincangan bersama rakan-rakan dan mendakwa isu itu pernah tular sekitar empat tahun lalu.

“Semoga dengan pencerahan ini, tidak ada lagilah yang cakap saya ni memfitnah kerana perkara ini pernah tular 4, 5 tahun dahulu,” katanya lagi.

Dia mengatakan tindakan itu dibuat kerana merasa bimbang kepada generasi muda, bagaimanapun mengakui tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu dalam videonya, lapor Malaysia Dateline.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.