(VIDEO) “Janna Nick Dah Kasi Hint, Kita Yang Lalai..” – Video Lama ‘Penyondol’ Bersama Ruhainies Kembali Viral

Entertainment
29 Apr 2024 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu video kembali menjadi tular di media sosial TikTok apabila pelakon Janna Nick dilihat menemubual aktres Ruhainies di sebuah acara hiburan.

Video itu sebelum ini pernah menjadi tular di media sosial di mana ramai yang mengkritik Janna pada ketika itu kerana menggunakan gelaran ‘penyondol’ kepada Ruhainies.

Namun, gara-gara kes khalwat dan isu cinta di lokasi antara Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz, video itu kembali diperkatakan kerana netizen menganggap Janna seolah-olah sudah ‘menghidu’ skandal antara kedua-dua selebriti itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa lucu dengan gelagat Janna Nick itu.

Difahamkan, temu bual itu berlangsung ketika rancangan Famili Duo sekitar November tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Kalau Kau Pakai Mask Pun Aku Kenal Lah, Perempuan Fake!" - Sarah Yasmine Bakal Dedah Identiti Wanita Naik Bas Dengan Aliff Aziz