[VIDEO] Jenazah Salahuddin disemadikan berhampiran kubur ayah, datuknya

24 Jul 2023 • 8:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Penggalian kubur Allahyarham Salahuddin di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, pada Isnin.

image is not available
Jenazah tiba di Masjid Jamek Dato’ Hj Nob Gadot, Serkat.

PONTIAN - Jenazah Datuk Seri Salahuddin Ayub akan disemadikan berhampiran kubur bapanya, Ayub Umar dan datuknya, Awang Abdul Hamid di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, di sini pada Isnin.

Ketika ini, urusan menggali liang lahad sedang dilaksanakan sementara menanti ketibaan jenazah.

Menurut seorang penduduk kampung, Alias Harun, 71, jenazah akan disemadikan berhampiran kubur bapa dan datuknya itu.

**media[2277149]**

Ketika ini, jenazah berada di Masjid Jamek Dato’ Hj Nob Gadot, Serkat, bagi urusan solat jenazah dan akan dibawa ke tanah perkuburan sekitar 11 pagi untuk disemadikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menghembuskan nafas terakhir pada 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada usia 61 tahun.

Sementara itu, pada jam 8.50 pagi Isnin, jenazah tiba di Masjid Jamek Dato Haji Noh Gadot, Serkat untuk disembahyangkan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved