[VIDEO] Jerebu bukan petanda akhir zaman tapi orang Indonesia bakar hutan-UAI

LocalOpinion
16 Oct 2026 • 9:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Jerebu bukan petanda akhir zaman tapi orang Indonesia bakar hutan-UAI

PETALING JAYA – Kejadian asap tebal yang sedang selubungi ruang udara beberapa negara di Asia Tenggara ketika ini bukan petanda telah tibanya akhir zaman, jelas penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus.

Jelas beliau, ada yang kaitkan dengan kisah melalui surah Ad-Dukhan apabila timbulnya asap tebal yang menandakan tibanya akhir zaman, sebaliknya asap tebal ketika ini adalah kerana jerebu.

“Kalau kisah itu asap tebal keluar melalui lubang-lubang dan menyelubungi satu pertiga bumi kemudiannya semakin banyak ke seluruh dunia.

“Sekarang ni jerebu sebab orang bakar hutan. Di Sumatera tu hutan dia besar mana, sekali bakar sama besar dengan negeri Pahang,” jelas beliau dalam satu siri soal jawab sebelum ini.

Tambah Ustaz Azhar, tanda akhir zaman ada tertib, antaranya keluar Imam Mahdi dan Nabi Isa.

“Jangan pandai-pandai buat andaian, menjelang akhir zaman ada tertib dia seperti keluar Imam Mahdi, dajjal dan Nabi Isa kemudian barulah Dukhan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Jerebu bukan petanda akhir zaman tapi orang Indonesia bakar hutan-UAI appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved