Kebakaran Merebak Ke Kawasan Perumahan Di Handil Bakti, Asap Tebal Selubungi Kawasan

WorldEnvironment
8 Oct 2026 • 7:28 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Kebakaran Merebak Ke Kawasan Perumahan Di Handil Bakti, Asap Tebal Selubungi Kawasan

BARITO KUALA – Kebakaran hutan dan tanah kembali menjadi perhatian selepas api dilaporkan merebak di kawasan Handil Bakti, Barito Kuala, Kalimantan Selatan, sehingga menyebabkan kawasan sekitar diselubungi asap tebal.

Keadaan itu turut dirakam dan dikongsikan oleh pengguna Threads @ayu_bunda_candraedelghif, yang memaklumkan kebakaran berlaku berhampiran kompleks perumahan mereka.

Dalam perkongsian tersebut, beliau turut meminta orang ramai mendoakan keselamatan penduduk yang terjejas.

Api Muncul Semula

Menurut pemilik video, keadaan mula berlaku sekitar jam 3 petang hingga menjelang Maghrib, dengan asap tebal kelihatan memenuhi kawasan berkenaan.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan penduduk, terutama apabila asap dan kebakaran dilihat semakin menghampiri kawasan kediaman.

Beberapa pengguna Threads turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam menangani kebakaran tersebut.

Kebakaran Sukar Dipadam

Laporan media tempatan sebelum ini menyebut pasukan gabungan termasuk petugas pemadam kebakaran dan sukarelawan telah berusaha memadam serta mengawal kebakaran di kawasan Handil Bakti.

Kebakaran juga dilaporkan sempat reda sebelum kembali muncul di beberapa kawasan, dipercayai akibat keadaan tanah yang kering dan bara yang masih tersisa.

Keadaan ini menyebabkan proses pemadaman menjadi lebih sukar, khususnya apabila angin membantu menyebarkan asap dan api ke kawasan berhampiran.

Penduduk Terus Berdepan Asap Tebal

Video yang tular itu kini mendapat perhatian netizen dari Indonesia dan Malaysia, dengan ramai meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk di kawasan terbabit.

Dalam ruangan komen, seorang pengguna turut mempersoalkan sama ada terdapat tindakan daripada pihak kerajaan, manakala pengguna lain berharap hujan segera turun bagi membantu memadamkan kebakaran.

TMU difahamkan, usaha pemadaman dan pemantauan masih dijalankan bagi mengawal kebakaran serta mengelakkan ia merebak lebih jauh. – The Malaysian Update

The post Kebakaran Merebak Ke Kawasan Perumahan Di Handil Bakti, Asap Tebal Selubungi Kawasan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved