(VIDEO) Jumpa Ulat Dalam Hidangan Sayur Kailan, Pelanggan Kesal Peniaga Anggap Ia ‘Perkara Biasa’

LocalFood
6 Dec 2024 • 3:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular rakaman video dikongsikan di media sosial di mana seorang pelanggan meluahkan rasa kesal apabila menjumpai ulat di dalam hidangan sayur kailan yang dipesannya di sebuah restoran di Pasir Gudang, Johor.

Pelanggan terbabit turut mempersoal kebersihan premis berkenaan namun respon pemilik restoran itu membuatkan ramai netizen bengang.

Menerusi video yang tular itu, pemilik terbabit didengari memberi jawapan yang dianggap tidak memuaskan apabila dia menatakan bahawa penemuan ulat dalam hidangan sayur kailan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Kailan tu bukan abang seorang kena, kita sendiri pun pernah kena. Kadang-kadang bila basuh sayur, tak bersih sepenuhnya. Memang salah saya, tetapi kami sudah buat yang terbaik. Kadang-kadang tetap ada ulat walaupun sudah dicuci.

Respon pemilik restoran itu membuatkan pelanggan itu naik angin dan netizen turut menyifatkan bahawa tindakan lelaki itu sebagai cuba menegakkan benang yang basah.

image is not available

image is not available

Malah, segelintir individu menyangkal dakwaan pemilik restoran itu yang mengatakan ulat ditemui di dalam kailan adalah perkara biasa.

image is not available

Dalam pada itu, netizen juga turut berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera mengambil tindakan terhadap restoran berkenaan kerana tidak menjaga kebersihan.

image is not available 3 weeks ago

Lebih 50 Tahun Beoperasi, Rupanya Restoran Terkenal Di Kelantan Ini Tiada Sijil Halal Sah