[VIDEO] Kad ATM Tercicir, ‘Pencuri’ Beli ‘Skincare’ Sampai Licin Duit Dalam Akaun

Entertainment
14 Jul 2022 • 4:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang pernah tak hilang kad-kad penting macam kad pengenalan atau kad ATM? Memang pening betul kalau jadi macam ni.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah kongsikan video di TikTok menunjukkan dugaan yang dihadapinya di pagi raya apabila kad bank kepunyaannya tercicir.

Lebih menyedihkan, @manstylo79 hanya menyedari bahawa kad ATM tersebut tercicir selepas melihat beberapa transaksi dibuat menggunakan paywave sehingga mencecah RM362.45.

Di dalam video yang dimuatnaiknya itu, lelaki ini turut kongsikan tangkap layar transaksi yang dibuat oleh individu yang menemui kad tersebut telah membuat beberapa transaksi debit di sebuah kedai penjagaan kesihatan dan kecantikan di sebuah pasar raya di Puchong.

Selain itu, turut dikongsikan laporan polis yang telah dibuat pada hari Ahad mengatakan yang dia telah menerima mesej dari pihak bank menunjukkan transaksi yang dibuat sebelum pengadu menyedari kad ATM bank tiada dengannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan orang yang menggunakan kad yang ditemuinya itu serta turut menasihati pengguna TikTok ini untuk menetapkan had kad minima bagi bayaran paywave.

image is not available

Hm sedihnya bila jadi macam ni. Tak ada rezeki…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.