[VIDEO] Kak Siti minta maaf sebab guna minyak subsidi Malaysia – Pempengaruh Thailand

LocalFood
15 Sep 2026 • 11:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Kak Siti minta maaf sebab guna minyak subsidi Malaysia – Pempengaruh Thailand

PETALING JAYA – “Kak Siti minta maaf, Kak Siti tak tahu minyak subsidi itu apa, lepas saya cari maklumat baru tahu hanya untuk kegunaan rakyat Malaysia sahaja”.

Demikian luahan pempengaruh Thailand yang sering berkongsi resepi masakan di media sosial dikenali sebagai Kak Siti.

Jelas wanita itu, sebelum ini dia tidak tahu bahawa minyak masak peket tersebut hanya kegunaan rakyat tempatan dan tidak dibenarkan di eksport ke luar negara mahupun untuk kegunaan kedai makan dan restoran di Malaysia.

Menurut pempengaruh itu, dia hanya mendapat bekalan tersebut melalui pesanan di kedai runcit dan semua barangan tersebut akan dihantar terus oleh peniaga.

“Kak Siti order (pesan) barang runcit, lepas tu kedai runcit itu lah hantar (barang) masuk kedai Kak Siti. Kak Siti tak tahu minyak masak ini ‘haram’ di guna luar Malaysia.

“Minyak ini (minyak masak peket) hanya untuk rakyat Malaysia, lepas tu kedai restoran pun tak boleh guna minyak ini. Bila kedai runcit hantar mari (ke kedai) Kak Siti gunalah,”luahnya dalam satu klip video di Tiktok.

Bagaimanapun kata wanita itu, bekalan minyak masak peket Malaysia di negara itu juga kini sudah berkurangan dan agak sukar diperolehi.

“Tapi (minyak peket) ini, mutus lama doh (sudah lama tiada), sekali sekala sahaja ada.

“Lepas pada ni, Kak Siti akan beringat, Kak Siti minta maaf sungguh-sungguh. Janganlah komen kasar-kasar, hina dan kata Kak Siti lagi,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh di aplikasi TikTok apabila pengguna mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menyeludup minyak masak ke negara jiran.

Kata pengguna, dia terasa amat terkilan apabila stok minyak masak jenis peket itu sangat susah didapati di negara sendiri.-KOSMO! ONLINE

@seetee54 ตอบกลับ @alisa #makanankampung #makananMelayu #makananbudaya #kaksiti ♬ เสียงต้นฉบับ – กะซีตี

The post [VIDEO] Kak Siti minta maaf sebab guna minyak subsidi Malaysia – Pempengaruh Thailand appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved