Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini seorang peniaga makanan yang juga influencer di Thailand dikenali sebagai Kak Siti telah menjadi perhatian selepas dilihat memakai minyak paket dari Malaysia dalam perkongsian video resipi ayam goreng lada.
Perkara itu kemudiannya menjadi sorotan netizen yang turut mempersoalkan bagaimana Kak Siti mendapatkan minyak subsidi terbabit.
@seetee54 Ayam goreng lada garam ไก่คั่วพริกเกลือ #makanankampung #makananMelayu #makananbudaya #kaksiti
Peniaga Thailand mohon maaf isu minyak paket dan jelaskan hal sebenar
Terbaharu, Kak Siti menerusi satu video memohon maaf mengenai isu minyak berkenaan serta menjelaskan perkara sebenar.
Dalam video dikongsikan oleh Kak Siti di TikTok, dia memaklumkan awalnya dia terkejut apabila menerima komen yang banyak dalam video berkenaan.
Tak tahu minyak subsidi tak boleh digunakan luar negara, minyak tersebut dihantar oleh kedai runcit selepas buat pesanan
Kata Kak Siti, dia tidak mengetahui bahawa penggunaan minyak subsidi adalah dilarang digunakan di luar Malaysia sebaliknya hanya boleh digunakan oleh rakyat tempatan. Malah peniaga makanan juga tidak boleh menggunakannya.
“Kak Siti tak tahu. Kak Siti order barang runcit lepas tu kedai runcit tulah hantar barang ke kedai Kak Siti,” jelasnya.
Malah dalam video tersebut, peniaga wanita itu turut memohon maaf kerana tidak mengetahui minyak masak bersubsidi hanya untuk rakyat Malaysia selain meminta orang ramai untuk tidak meninggalkan komen yang kasar seperti menghinanya.
Lama minyak paket tak ada
“Kedai runcit hantar. Dia hantar Kak Siti guna, tapi nak beritahu minyak tersebut juga sudah lama putus untuk satu tempoh yang lama.
Menerusi video tersebut, Kak Siti turut menujukkan bagaimana dia membuat pesanan dari kedai runcit berkenaan selain memaklumkan akan berhati-hati di masa hadapan.
@seetee54 ตอบกลับ @alisa #makanankampung #makananMelayu #makananbudaya #kaksiti
♬ เสียงต้นฉบับ – กะซีตี – กะซีตี
Ramai masih persoal bagaimana minyak paket Malaysia boleh dijual di Thailand
Di ruangan komen, ramai yang menyoal bagaimana minyak paket Malaysia itu boleh dijual di Thailand.
Ini kerana, ramai rakyat Malaysia juga sukar mendapatkan minyak masak berkenaan.
Ada juga rakyat Thailand memaklumkan di sana juga terdapat minyak paket.
“Kita nak beli sini pun payah. Kenapa Thailand ada?”
![Image from: Tular Pakai Minyak Peket Bersubsidi Malaysia, Influencer Thailand Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/minyak-masak-paket-di-Thailand-1.jpg)
“Saya rakyat Malaysia pun susah nak dapat minyak subsidi”
![Image from: Tular Pakai Minyak Peket Bersubsidi Malaysia, Influencer Thailand Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/minyak-masak-paket-di-Thailand-2.jpg)
“Tak apa Kak Siti tak tahu. Terima kasih Kak Siti memahami”
![Image from: Tular Pakai Minyak Peket Bersubsidi Malaysia, Influencer Thailand Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/minyak-masak-paket-di-Thailand-3.jpg)

![[VIDEO] Kak Siti minta maaf sebab guna minyak subsidi Malaysia – Pempengaruh Thailand](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-15-at-10.33.31-AM.jpeg)




