[VIDEO] ‘Kalau beliau lapang’ – Noh Salleh idam duet dengan Siti lagi

EntertainmentMusic
21 Oct 2026 • 6:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Kalau beliau lapang’ – Noh Salleh idam duet dengan Siti lagi

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer Noh Salleh menyimpan hasrat mengundang Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berduet dalam konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Bagaimanapun, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 41, masih berasa gementar untuk mengundang Biduanita Negara itu selain menyifatkan dirinya belum tentu layak bergandingan dengan figura besar industri muzik berkenaan.

“Apa-apa pun, jemputan pertama kami akan ditujukan kepada Siti Nurhaliza dahulu. Kami akan bertanya kepada Kak Rozi (pengurus Siti), sama ada dia mempunyai kelapangan.

“Walaupun kami sedar mungkin kedudukan kami ini tidak layak untuk membawa beliau ke pentas kami, atas dasar budi bahasa dan penghormatan, dia harus ditanya terlebih dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi bersama media di Icon City, di sini, semalam.

Menurut vokalis kumpulan Hujan itu, sekiranya Siti bersetuju menerima jemputan berkenaan, penyanyi itu bebas memilih mana-mana lagu daripada katalog muziknya untuk dipersembahkan.

“Jika dia sudi, saya akan berikan senarai lagu dan biarlah dia sendiri yang memilih.

“Ibaratnya, saya taburkan semua lagu di atas dulang dan dia boleh memilih mana-mana satu. Apa sahaja untuk ‘Goddess’ kita,” ujarnya lagi.

Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, pada 8 November dengan persembahan 23 buah lagu.

Konsert itu bakal menjadi persembahan solo berformat orkestra kedua buat Noh selepas dia tampil bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas pada November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved