![Image from: [VIDEO] Kelantan cuti, Cameron Highlands sesak teruk](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kelantan-cameron-highlands-sesak-1024x575.jpeg)
PETALING JAYA – Pengguna di media sosial berkongsi kesesakan di beberapa kawasan di Cameron Highlands bermula semalam akibat pertambahan pelancong.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Abang. cameronhighlands memaklumkan kesesakan tersebut disebabkan kedatangan pelancong dari Kelantan yang sedang bercuti selana dua hari.
Cuti tersebut adalah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang jatuh pada 29 dan 30 September.
Jelas individu itu, keadaan kesesakan itu juga ditambah dengan sambutan orang ramai yang datang untuk melihat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan menamatkan peringkat ke 4 dari Meru ke Cameron Highlands hari ini.
“Bertabahlah sesiapa yang naik Cameron Highland hari ini. Kalau di Tanah Rata (kesesakan) sebab orang buat persiapan sambut LTdL peringkat keempat.
“Kalau kita tengok di Brinchang dan Kea Farm, penuh orang sebab orang Kelantan bercuti. Jadi Cameron Highlands hari ini agak crowded (sesak).
“Jadi sesiapa nak naik Cameron Highlands hari ini bertabahlah dan berhati-hati . Kalau yang belum naik, eloklah naik petang sikit,” kata individu itu dalam satu klip video.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berharap agar kesesakan itu tidak berpanjangan.
“Kami dah dalam perjalanan naik dah dari Simpang Pulai, semoga baby tak buat perangai laa kalau jem,” tulis Miey_a.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ecadian.
“Dah macam public holiday (cuti umum) satu Malaysia. Padahal cuti kat kelantan je, meriah betul Cameron weekdays (hari biasa) ni,” katanya. -KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Kelantan cuti, Cameron Highlands sesak teruk appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Kelibat kambing hutan muncul di Genting Highlands?](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-28-at-10.15.07-1024x742.jpeg)

![[VIDEO] ‘Seremban ke Johor ‘jem’ seperti musim raya’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-26-at-8.03.24-PM-1024x575.jpeg)
