[VIDEO] Keluarga Beri RM50K Kalau Jumpa Akmal, Pemuda Hilang Di Pulau Mawar Sejak 1 Feb Lalu

Entertainment
31 Mar 2023 • 4:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Para-para hikers tegar mesti tahu mengenai risiko yang wujud semasa mereka hiking, mungkin dari segi kecederaan mahupun sesat di dalam hutan dan sebagainya.

Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi kisah sedih keluarganya apabila anak bongsu mereka hilang tanpa khabar sejak 1 Februari lalu di Mersing, Johor.

image is not available

Mirza Qusyairi memberitahu, adik bongsunya, Akmal Hakimi tidak pulang ke rumah selepas keluar mendaki bukit secara bersendiri di Pulau Mawar, Mersing.

Menurut Qusyairi, keluarganya telah membuat laporan polis susulan kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan juga telah menemui jalan buntu.

Tambah Qusyairi, adiknya itu telah keluar untuk mendaki pada 1 Februari, namun Akmal tidak kembali ke rumah dan pada 3 Februari, mereka hanya menjumpai motor milik adiknya itu di Pulau Mawar pada jam 12 tengah hari.

image is not available

Difahamkan operasi SAR telah bermula pada 3 Februari tapi ia dihentikan pada 7 Februari sebab tiada sebarang pentunjuk.

Selain itu, Qusyairi memaklumkan bahawa ini bukan kali pertama adiknya itu pergi hiking bersendirian kerana dia telah mendaki bukit itu secara bersendirian sebanyak tiga kali.

Walaupun, ada pihak yang mengaitkan kes adiknya ini dengan alam mistik, Qusyairi memberitahu yang keluarganya tidak putus harapan dan mendoa agar adiknya pulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin.

“Walaupun SAR dihentikan pada 7 Februari, pencarian diteruskan dengan NGO, orang kampung, ustaz dan imam masjid.”

“Alam ghaib ni wujud. Cuma saya dengan keluarga tak taksub. Orang lain nak cakap apa-apa, cakaplah. Allah saja yang tahu. Selagi belum jumpa petunjuk, saya terus ikhtiar,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Qusyairi ada membuat hebahan di aplikasi TikTok mengenai kehilangan adiknya dan menawarkan ganjaran sebanyak RM50K kepada sesiapa yang berjaya menjumpai Akmal.

@qusyairiishak

Muhamad Akmal Hakimi Bin Ishak 20 tahun Berpakaian jacket kekuningan, kasut kelabu dan beg sandang hitam berjenama jeep Hilang pada 1 Februari 2023 Akmal dilaporkan hilang semasa hiking Pulau Mawar Mersing Ishak Kamis (Ayah) 017-7916270 Saniah Bebet (Ibu) 012-7337106 Qusyairi (Abg) 016-7069769) #oranghilang #pulaumawar #mersing #johor

♬ original sound – Ayisha Abdul Basith – Ayisha Abdul Basith

Pada hari kehilangan, Akmal memakai jaket kuning, kasut kelabu dan beg sandang hitam berjenama Jeep.

Harap Akmal dapat cepat pulang ke pangkuan keluarganya..

Sumber : mStar, TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.