[VIDEO] "Kemaruk Nak Jadi Terpaling Pelik" - Poster Konsert Aina Abdul Dikecam Seakan Bentuk Salib

Music
20 Nov 2023 • 11:50 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Aina Abdul baru saja selesai mengadakan konsert 'A night with Aina Abdul 3.0' di Axiata Arena, pada malam Sabtu lalu.

Seperti kebanyakan artis lain, Aina turut mengeluarkan poster konsert kali ini dan dilihat juga tema poster untuk konsert tersebut adalah berwarna merah.Namun, ia telah mendapat perhatian seorang pengguna TikTok yang menyelar poster tersebut.

Lelaki itu mendakwa poster tersebut seperti berbentuk salib dan menasihati supaya Aina bermuhasabah diri.

image is not available


"Apa benda ni Aina, lebih lah kau ni. Dari satu ke satu, kau kenapa Na, apa benda yang merentan dalam jiwa kau tu? Ada saja yang kau nak buat luar biasa" katanya.

"Dia orang dah akhir zaman, kau dah macam ni pula. Ni apa tanda ni? Freemason? Letihlah", katanya.

Lelaki itu menyuruh Aina bawa mengucap dan meminta pandangan kepada orang yang lebih tua.

KOMEN NETIZEN

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 103K tontonan, 3K tanda suka dan 300 komen di TikTok, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

image is not available

image is not availableimage is not availableSumber: Says.com