Diinspirasikan Dari Embun Pagi, Netizen Terkesima Tengok Baju Aina Abdul Keluar Asap Masa Perform Konsert

Entertainment
20 Nov 2023 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Sabtu lepas (18 November), telah berlangsungnya konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Para peminat pelantun lagu Terus Hidup ini boleh dikatakan sangat berpuas hati dengan persembahan Aina di konsert itu kerana selain menampilkan vokal serta persembahan yang hebat di pentas, Aina juga sentiasa kreatif dalam berfesyen.

Baju Aina Abdul keluar asap?

Menerusi beberapa video yang tular di X, viral rakaman persembahan Aina di pentas yang memaparkan dirinya menyarung busana unik apabila pakaian itu dilihat seperti sedang ‘berasap’.

Tak cukup dengan itu, bunga di hadapan pakaian berwarna biru itu pula dilihat berpusing-pusing dengan sendirinya. Fuh lain macam ni!

Bila tengok baju unik macam ni, mesti ramai yang nak tahu cerita di sebalik busana ini kan?

Pereka fesyen beri penjelasan baju ‘berasap’ Aina Abdul

Menerusi perkongsian pereka fesyen Zaimi Zulkafli di TikTok, dia telah memaparkan proses dari awal mereka pakaian tersebut sehinggalah ia disarung oleh Aina.

Menurut Zaimi, pakaian tersebut diinspirasikan dari embun pagi dan rona biru pakaiannya itu pula diolah dengan bayangan dari tona warna gelap ke terang.

Malah bagi mencipta kelainan buat Aina, pereka ini telah bekerjasama dengan aiszzyelectronic dengan menggunakan teknik ‘mini fogging’ apabila kepulan asap itu dilihat keluar dari sisi lengan busana berkenaan.

@zaimizulkafli

Aina Abdul, Buat @ainaabdul , rumah fesyen Zaimizulkafli menghamparkan embun pagi sebagai aspirasi untuk Konsert Aina Abdul 3.0. Warna biru diolah dengan bayangan dari gelab ke terang, dari sisi dilihat dengan pautan detailing jemki dan manik halus. Kami masih mengekalkan pergerakan didalam helaian demicouture ini. Kerjasama besama @aiszzyelectronic dengan teknologi kinetic garment dan mini fogger digabungkan dengan fesyen. Silhouette korset dan leretan organza dirapi dengan jahitan tangan untuk menampkkan form buat Aina Abdul. Bebas adalah nama besar untuk “gown” ini. Aina , our team love you. Zaimizulkafli and team #longgarituindah #demicouture #ainaabdul3 #aination #ainaabdul

♬ Creepy Violins – Apollo Nove

Paling istimewa, demi mencipta satu kelainan buat Aina Abdul, kali ini dengan kerjasama aiszzyelectronic menggunakan teknik ‘mini fogging’, yang menjadi satu tarikan apabila kepulan asap keluar dari sisi lengan, lebih indah ia dihiasi perincian halus ditaburi jemeki dan kristal yang tersemat kemas.

“Helaian yang direka khas buat Aina Abdul ini juga turut memberi impak indah bunga-bungaan yang bergerak, di mana ia merupakan gabungan kreatif teknologi kinetic dari signatur gaya rumah fesyen Zaimi Zulkafli sendiri,” katanya.

Pakaian berkenaan ternyata membuatkan rata-rata netizen terkesima melihat penampilan Aina yang sentiasa unik dan lain dari lain.

Menurut Kosmo, Aina telah membelanjakan sebanyak RM400,000 bagi lima persalinannya semasa konsert berkenaan.

Tambahnya lagi, kesediaan mengeluarkan peruntukan besar untuk baju adalah demi kesempurnaan bagi merealisasikan persembahan mega tersebut bagi segenap aspek.

Penyanyi kelahiran Johor Bahru ini telah menghiburkan lebih 10,000 orang peminatnya dengan pelbagai lagu hits termasuklah dari album terbaru, IMAJI.

Sumber: Kosmo, X, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.