(VIDEO) “Kena Buat Selalu” – Kereta VIP Jadi Punca Jalan Sesak, Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

1 Jul 2022 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah video menjadi tular di media sosial semalam apabila sekumpulan penunggang motosikal menunjukkan ‘protes’ ketika memberi laluan kepada golongan VIP yang melalui jalan yang sama.

Video yang dimuatnaik oleh @anakayamkaki2 di TikTok itu ternyata telah mencuri perhatian netizen yang rata-rata berasa ‘puas’ melihatkan aksi sekumpulan penunggang motosikal terbabit.

Dalam video tersebut, para penunggang motosikal itu telah diberhentikan oleh pihak berkuasa di tengah jalan bagi memberi laluan kepada kereta pengiring yang membawa VIP.

Ketika kereta VIP itu menghampiri selekoh jalan, penunggang motosikal yang ditahan telah bertindak menyembunyikan hon beberapa kali sebagai tanda protes kerana telah menyebabkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Kata netizen di ruangan komen, orang ramai patut membiasakan atau ‘normalise’ tindakan memberi hon kepada golongan VIP yang menyebabkan jalan raya sesak hanya kerana terpaksa memberi laluan khas kepada mereka.

image is not available

Sumber : Twitter  

“Kita patut buat macam ni dah. Dah lah gaji kita tanggung, kerja apa tah yang dibuatnya, lepas tu menyusahkan orang.” komen seorang netizen.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) 2 'Geng' Bergaduh Sampai Rosakkan Kereta Orang Awam, Pukul Dengan Besi & Botol Arak