(VIDEO) “Terlalu Ikutkan Hati” – Marah Disaman, Lelaki Bawa Jengkaut Bertindak Sodok Kereta JPJ

1 Jul 2022 • 12:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial semalam apabila video menunjukkan sebuah jengkaut yang dipandu seorang lelaki telah melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Difahamkan, lelaki yang mengendalikan jengkaut itu berasa berang kerana telah disaman anggota JPJ bertugas.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah kasim yang memaklumkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau juga dilaporkan telah menahan pemandu jengkaut berkenaan yang berusia 60 tahun setelah menerima laporan sekitar jam 6.32 petang.

Lelaki itu ditahan dengan sabitan menggunakan kekerasan jenayah bagi tujuan menakutkan penjawat awam ketika melaksanakan tugas.

Ketika pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesalahan. Ketika saman hendak dikeluarkan, pemandu terbabit tidak berpuas hati dan marah.

Dia kemudian melanggar kenderaan JPJ yang dinaiki oleh petugas hingga mengakibatkan kerosakan pada kenderaan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam erta Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas perbuatan khianat. – Berita Harian

image is not available 1 hari lalu

Pasangan Tinggalkan Mayat Anak Umur 2 Tahun, Tergamak Curi Kereta Individu Cuba Beri Bantuan Kemalangan