[VIDEO] Kerajaan pertimbang waktu kerja anjal, galak sektor swasta ikut langkah BDR

LocalBusiness & Finance
26 Mar 2026 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
image is not available
Anwar ketika perutusan khas pada Khamis.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan sedang meneliti langkah tambahan termasuk menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti bekerja dari rumah (BDR) secara berperingkat dan terpilih dalam kalangan penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan itu dijangka memberi fleksibiliti kepada sektor awam, selain berharap sektor swasta turut mengambil pendekatan sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh beberapa syarikat dan institusi perbankan sebelum ini.

Menurut beliau, kerajaan komited memastikan disiplin kewangan terus diperkukuh dengan mengelakkan pembaziran serta ketirisan dalam pentadbiran negara.

"Bagi pihak kerajaan, insya-ALLAH kita akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan, ketirisan dan menjaga supaya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia ini agak luar biasa dan terkecuali.

"Setelah melihat kemurungan yang berlaku di dunia, kita lihat Malaysia masih mendapat tarikan pelaburan yang sangat aktif sepertimana diumumkan beberapa langkah setelah kemelut dan peperangan," katanya dalam perutusan khas pada Khamis.

Dalam pada itu beliau berharap keamanan negara dapat terus dipelihara agar rakyat, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta, dapat bekerja dengan lebih gigih demi memperkukuh ekonomi negara.

“Biar kita tingkatkan keupayaan ekonomi dalam tiap ujian, cabaran dari ALLAH dan keadaan yang berlaku di dunia masih ada kesempatan untuk memperbaiki dan meningkatkan keupayaan," ujarnya