[VIDEO] Kereta Saga & Kancil ‘Parking’ Atas Bumbung Rumah Buat Ramai Bingung

Entertainment
1 Nov 2024 • 5:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial TikTok mengenai satu video memaparkan dua buah kenderaan diletakkan di atas bumbung sebuah rumah kampung di Kedah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @anaksulong33, kedua-dua kereta itu dipercayai Proton Saga generasi pertama dan Perodua Kancil model lampu petak.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen bingung dan tertanya-tanya apakah tujuan dan bagaimana tuan rumah meletakkan dua buah kenderaan di atas bumbung.

Dari jauh, rumah berkenaan menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan perumahan di Kampung Matang Paku, Ayer Hitam.

Dakwa pemilik video, kedua-dua buah kenderaan yang diletakkan di atas bumbung itu hanya menggunakan tangga oleh empat individu sahaja. Pun begitu, bagaimana cara mereka mengangkatnya tidak diketahui.

Selain itu, tidak diberitahu juga sebab mengapa tuan rumah terbabit meletakkan kedua-dua kereta di atas bumbung rumahnya, sama ada untuk perhiasan atau sebaliknya.

image is not available image is not available

Ada pengguna yang mendakwa, tujuan tuan rumah berbuat demikian sebagai pameran untuk kenduri pada hujung minggu nanti.

Dalam pada itu, netizen sempat berseloroh dengan mendakwa tuan rumah sedang bersedia untuk menghadapi banjir akan datang.

Min teringat pula cerita P. Ramlee motosikal tersangkut atas bumbung…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.