[VIDEO] Kisah ‘Rider’ Usung Anak Usia Setahun Sambil Buat ‘Delivery’ Bikin Ramai Sebak

Entertainment
15 Jun 2022 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman kini, tidak dapat dinafikan ramai yang perlu bertungkus-lumus untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Ada juga yang perlu bekerja lebih daripada satu kerja untuk menampung kos kehidupan.

Lebih-lebih lagi jika mereka seorang bapa dan suami yang mempunyai bilangan keluarga yang ramai.

Itulah yang terjadi kepada seorang rider penghantar makanan yang terpaksa mengusung anaknya yang baru sahaja berusia setahun ketika bekerja.

@abamskhai

Jom doakan Amirul dapat memikul tanggung jawab dengan penuh dedikasi

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok @abamskhai, difahamkan dia terserempak dengan rider itu dan kemudiannya memanggil rider tersebut yang dikenali sebagai Amirul untuk ditemu ramah.

Dalam video TikTok itu, rider tersebut memberitahu sudah hampir sebulan dia bekerja sambil membawa anak kecilnya itu, ia kerana isterinya baru sahaja mendapat kerja di tempat yang baru dan itu menyebabkan dia terpaksa mengusung anaknya itu.

Amirul juga berkongsi dia akan mengusung anaknya itu sehingga isterinya pulang dari kerja, dalam video itu juga rider tersebut berkata dia tidak meminta sebarang bantuan daripada mana-mana badan kebajikan.

“Memang cekal lah abang ni”

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan sebak melihat pengorbanan rider tersebut, tidak kurang juga mereka yang mendoakan dan ingin membantu meringankan bebannya.

image is not available

Semoga Amirul sentiasa cekal dan tabah dengan dugaan…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.