(VIDEO) “ Kurang Ajar Sangat” – Buat ‘Content’ Tarik Tudung Wanita, YouTuber Ini Undang Kecaman Netizen

Entertainment
4 Jul 2022 • 4:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu perkongsian di Twitter hari ini telah mengundang rasa amarah dalam kalangan netizen berikutan tindakan seorang ‘content creator’ yang dianggap biadap dan tidak bertanggungjawab.

Dalam video tersebut, seorang lelaki memaklumkan bahawa dia ada membuat satu video untuk tujuan eksperimen sosial di mana dia secara sengaja telah menarik tudung yang dipakai mana-mana wanita yang dijumpainya.

Seorang wanita yang sedang membuat panggilan telefon telah diganggu oleh lelaki itu dengan tindakan menarik tudung secara kasar.

Lelaki itu kemudian bertindak melarikan diri dan kembali bertemu wanita itu untuk memohon maaf.

Lelaki berkenaan menjelaskan bahawa tujuan dia melakukan gangguan itu hanyalah untuk melihat reaksi wanita berkenaan sama ada marah atau tidak setelah diperlakukan sedemikian rupa.

Wanita itu sempat memberi nasihat kepada lelaki berkenaan agar tidak sesekali melakukan perbuatan tersebut terutamanya kepada warga emas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa berang dan merasakan tindakan lelaki berkenaan tidak beradab dan sanggup melakukan apa sahaja ademi ‘content’.

image is not available

Sumber : Twitter  

Tolong jangan tengok video dia kat YouTube, nanti dia pulak untung. Report je, jangan tengok.

Dalam pada itu, ramai yang menasihatkan agar laporan dibuat terhadap saluran YouTube ‘content creator’ berkenaan agar ia tidak dapat lagi ditonton oleh orang ramai sebagai pengajaran di atas tindakannya itu.

image is not available 1 bulan lalu

"Penat Kadang-Kadang" - Youtuber Azfar Heri Ditegur Agar Jadi 'Jantan Sejati' Oleh Netizen