[VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, ‘Rider’ Terkejut Tengok Sofa & Meja Jadi Dekorasi Luar Rumah

Entertainment
28 Mar 2023 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang mendapat lebih 800,000 jumlah tontonan di TikTok, memaparkan pengalaman unik seorang rider penghantar makanan apabila dia ditugaskan untuk menghantar ubat ke sebuah flat di Keramat.

@afzalnisya

Rumah area ampang. Kita pun boleh confius bertukar alam lain lepas langkah keluar dari lift Terbaik kejiranan ni#fyp #fypシ #fypage #viralvideo #viraltiktok #viral #rumahapartment #ramadhan2023

♬ NGOPI NGOPI MASEH VIRAL TIKTOK TERBARU 2023 – Grand Mix

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Afzal terkejut apabila dia melihat dekorasi ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa serta meja makan sekali gus menyebabkan dia keliru kerana menyangka dia tersilap masuk ke dalam rumah orang.

“Flat itu terletak di kawasan Keramat. Saya naik lif macam biasa kerana perlu menghantar ubat. Ketika keluar lif, saya terkejut tengok sebab macam berada di ruang tamu.”

“Saya ingat dah silap masuk rumah orang. Rupa-rupanya kawasan depan rumah dihias macam ruang tamu. Seingat saya level itu ada empat unit rumah,” katanya.

image is not available

Dekorasi di hadapan setiap rumah itu juga lengkap dengan meja makan dan kipas siling serta keadaannya sangat bersih.

Afzal yang berasal dari Kuala Lumpur itu, akui bahawa dia berasa kagum apabila melihat kawasan kejiranan yang dikatakan unik dan berbeza dengan kediaman-kediaman lain.

“Bila tengok tu, saya rasa kagum sebab kawasan luar rumah mereka di level itu sangat bersih. Ia dihias cantik rasa kagum la,” ujarnya.

“Tapi seronok lepak kat luar tu” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan kagum dengan dekorasi rumah flat di Keramat itu. Ada juga warganet yang berkongsi pengalaman mereka meletakkan sofa di hadapan rumah.

image is not available

image is not available

Kalau luar rumah macam ni best wehh!

Sumber : mStar, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.