[VIDEO] Laluan hala ke Plaza Tol Kemuning macam ‘sungai’

LocalEnvironment
17 Nov 2026 • 4:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Laluan hala ke Plaza Tol Kemuning macam ‘sungai’

PETALING JAYA – Laluan ke Plaza Tol Kemuning menghala ke Klang di Lebuh Raya Shah Alam dinaiki air, susulan hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di kawasan tersebut pada petang ini.

Menerusi video dimuat naik pengguna Threads Harris Rafiq mendapati, deretan kenderaan berat termasuk lori, treler dan lori tangki menunggu giliran untuk melepasi kawasan tersebut menuju ke plaza tol.

Dalam masa sama, kelihatan satu-satunya lori bersaiz kecil tidak bersama deretan kenderaan berat yang lain dan ia turut dinaiki air hingga ke paras menutupi tayarnya.

“Banjir tol Kota Kemuning menghala Klang,” kata Harris Rafiq pada hantaran itu petang ini.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas terutama kebimbangan orang ramai yang mahu menggunakan laluan itu pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja nanti.

“Ampun, memang tak ada jalan lain dah nak masuk Jalan Kebun. Semua jalan naik air,” kata pengguna Threads Wnyhss.

“Macam mana nak balik ni,” kata Nanafas.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut memaklumkan berlaku kesesakan akibat banjir tersebut.

“Susulan terdapat banjir kilat di Kilometer 27.3 arah barat dari Plaza Tol Kemuning. Tiada lorong terhalang, trafik sesak,” katanya pada hantaran di media sosial. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Laluan hala ke Plaza Tol Kemuning macam ‘sungai’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved