Video Lama Abang Tesla Beri Kata-Kata Mengenai Curang Tular Kembali Undang Perhatian Netizen

Entertainment
21 Aug 2023 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sekarang ni tengah hangat di media sosial mengenai seorang influencer yang dikenali sebagai Abang Tesla apabila dia memuat naik satu video di TikTok mengumumkan bahawa dia telah bernikah sekali lagi.

Di Twitter pula, tular satu video lama yang menunjukkan Abang Tesla berkata bahawa dia tidak akan curang kerana perkara itu akan merosakkan hubungan dengan isteri.

Kalau korang tengok video itu, Abang Tesla berkata yang dia tetap akan setia pada yang satu tanpa memandang wanita lain. Tapi, apabila dia mumutuskan untuk berkahwin dua, ayat-ayat yang dia lontarkan dalam video lama itu seperti memakan dirinya sendiri.

Untuk info, Abang Tesla menegaskan bahawa dia sudah mendapat izin isteri untuk berkahwin satu lagi dan luah rasa syukur kerana wanita itu reda hidup berpoligami.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Nampaknya Oh Media bukan biashe-biashe kita ada Dolla in the hauz gais!#dolla #damelo #ohartis

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media