(VIDEO) Lelaki Baling Botol Kaca Arak Dari Balkoni Apartmen Ke Jalan Raya Undang Kemarahan Netizen – “Takde Otak, Bod*”

3 Feb 2023 • 12:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Walaupun kita dah masuk tahun 2023, sebenarnya masih ramai rakyat yang melakukan perangai tidak bermoral dan lebih teruk lagi mereka ini dengan bangganya memuat naik aksi itu di media sosial.

Tular rakaman di TikTok menunjukkan seorang lelaki berbaju putih membaling botol kaca minuman keras dari tingkat atas sebuah apartmen ke arah jalan raya yang sesak.

Video berdurasi 43 saat itu membuatkan ramai netizen naik angin selepas menonton tindakan si pelaku yang dianggap sangat biadap.

image is not available

Kejadian itu berlaku di Dang Wangi dan ramai mahu lelaki tersebut ditangkap agar dikenakan tindakan yang setimpal kerana mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Segelintir netizen berpendapat bahawa individu itu dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan tersebut.

Tidak dapat dipastikan jika ada kenderaan atau orang awam yang cedera terkena botol kaca dibaling itu dan juga di mana ia pecah.

Difahamkan, Polis Kuala Lumpur kini sedang menyiasat dan mengesan individu tersebut dan video itu telah pun dipadam dari platform media sosial TikTok atas sebab ‘community guideline’.

image is not available 3 minggu lalu

Selamba Bagi Kawan Bergambar Pegang 'Machine Gun' & 'Upload' Di Media Sosial, Anggota Polis Terus Disiasat