[VIDEO] Lelaki Berjaya Pecahkan Rekod Memandu Secara Mengundur Sejauh 16KM Di India

21 Sep 2022 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Macam-macam rekod dunia yang pelik boleh kita lihat di Internet dan terkadang mesti buat korang terpegun punya apabila tak sangka ada juga orang yang sanggup berhempas pulas untuk memecah rekod sama ada dalam negara mahupun dunia.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang lelaki di India telah bertindak melakukan ‘sesuatu’ yang di luar jangkaan kita!

Lelaki berjaya pecahkan rekod memandu secara mengundur sejauh 16.6km

Selalunya orang kalau memandu mesti akan melulu ke hadapan tapi berbeza pula apa yang dilakukan oleh seorang lelaki di Tamil Nadu apabila dia telah memandu keretanya secara mengundur hanya untuk mencipta rekod dunia.

Chandramouli telah berjaya mencipta rekod dunia dengan memandu dalam keadaan mengundur sejauh 16km dan 140 meter dalam tempoh 30 minit. Perkara itu diadakan di jalan Edappadi di daerah Salem dan diiringi oleh beberapa penunggang motosikal.

Menurut Harian Metro, lelaki itu mula memiliki keterujaaan dan azam memandu secara mengundur sejak berusia 10 tahun, dan kerap berlatih untuk memecah rekod sebelum ini.

Sebelum ini, rekod tersebut pernah dipegang oleh Tesson Thomas dari Pathanamthitta di Kerala yang telah memandu secara mengundur sejauh 14.2km selama 30 minit.

Leher sakit kerana memandang ke belakang terlalu lama

Menurut pemecah rekod, dia berkata bahawa dia mahu golongan muda memahami kepentingan memandu dengan selamat dan menasihatkan supaya yang ingin mencuba perlulah mengutamakan keselamatan bagi mengelak sebarang kemungkinan.

“Jika dinilai sebab itu, ia mungkin dianggap tidak masuk akal, namun kita sedar begitu rumitnya pemanduan secara terbalik, walaupun untuk jarak pendek, terutamanya ketika trafik sibuk.”

Betul-betul unik rekod macam ni kan guys?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.