[VIDEO] Lelaki Kongsi Cara Cuci Kandang Buaya, Netizen Pula Rasa Seriau!

Entertainment
26 Oct 2022 • 3:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi satu kebiasaan apabila ada sesetengah keluarga yang gemar membawa anak mereka ke zoo atapun taman haiwan semasa cuti persekolahan. Kalau nak cerita zaman dulu, min la yang paling excited kalau parents min bawa pergi zoo!

Tapi, korang pernah terfikir tak macam mana pekerja zoo ini membersihkan kandang haiwan lebih-lebih lagi haiwan tersebut buas dan liar seperti harimau dan buaya?

Pekerja kongsi cara cuci kandang buaya

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa video yang telah dikongsikan oleh seorang pekerja taman haiwan mengenai cara mencuci kandang buaya yang menjadi tanda tanya ramai netizen sejak dahulu lagi.

Menerusi video pertama yang dikongsi, buaya yang dinamakan Jamil itu pada awalnya tidak memberi kerjasama dengan lelaki tersebut dan bertindak agresif seakan tidak membenarkannya untuk mencuci kandang tersebut.

Pujuk punya pujuk akhirnya Jamil akur, dia bergerak ke celah pokok selepas sendi buaya tersebut diketuk oleh lelaki itu.

@bangbuya_

Replying to @mitlahtok1303 Part-3 JAMIL HADIRR sila hadirkan diri #bangbuya #bangbuyabts #jamiliswatching #behindthescenes

♬ original sound – Bangbuya – Bangbuya

Menerusi video seterusnya, buaya berkenaan atau Jamil perlu masuk ke celah pokok tersebut sebelum memulakan cucian kandang dan memastikan pintu pagar sentiasa tertutup rapat dan mudah diakses.

 

Menurutnya juga, proses pembersihan perlu menghadap ke arah buaya dan sentiasa melihat posisi buaya tersebut supaya ia tidak bergerak sekaligus menyerang pekerja.

@bangbuya_

Replying to @Disconnected SI JAMILimage is not available yang terlena, tq support hadir followimage is not available#alhamdulillahimage is not available #bangbuya #bangbuyabts

♬ original sound – Bangbuya – Bangbuya

“Dia bagi kita peluang untuk menyapu. Jangan lama-lama sangat, bawa maut namanya.”

Netizen pula rasa seriau!

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pelbagai reaksi dan ada yang turut rasa gerun dengan perkongsian tersebut. Ada juga yang bertanya berkenaan gaji pekerja pembersihan tersebut kerana ia dilihat sangat berisiko tinggi dan bahaya.

image is not available

image is not available

image is not available

Min pula turut seriau sekali!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article