[VIDEO] Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan, cederakan isteri mangsa

11 Jun 2026 • 1:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan, cederakan isteri mangsa
Image from: [VIDEO] Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan, cederakan isteri mangsa
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh rakannya. Sementara dua wanita Rohingya didakwa atas pertuduhan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Image from: [VIDEO] Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan, cederakan isteri mangsa
Sebelum ini, media melaporkan tiga warga Rohingya termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan pada 31 Mei lalu.
Image from: [VIDEO] Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan, cederakan isteri mangsa
Pertuduhan terhadap dua wanita Rohingya ditangguh sehingga 23 Jun untuk jurubahasa Myanmar.
Image from: [VIDEO] Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan, cederakan isteri mangsa
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera kepada Formin Lal Mia dengan menggunakan sebilah pisau.
Image from: [VIDEO] Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan, cederakan isteri mangsa
Pertuduhan terhadap dua wanita Rohingya ditangguh sehingga 23 Jun untuk jurubahasa Myanmar.

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang lelaki senegaranya di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat di sini hujung bulan lalu.

**media[3547582]**

Tertuduh, Osman Bawdi Alom, 38 bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Abdul Rahman Shah Mia, 31 yang juga lelaki Rohingya yang mempunyai nombor UNHCR 354-00172227.

**media[3547576]**

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu, tertuduh turut menghadapi pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita Rohingya yang juga isteri kepada mangsa bunuh berkenaan.

**media[3547522]**

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera kepada Formin Lal Mia dengan menggunakan sebilah pisau.

Oleh demikian, dia didakwa telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 2.50 petang hingga 2.54 petang pada 31 Mei 2026 di No 1, Lorong Belibis 14, Taman Belibis di Seberang Perai Selatan.

**media[3547577]**

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin manakala tertuduh diwakili peguam, G Sathiash.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon bicara.

Airina tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh turut menghadapi pertuduhan membunuh yang tidak boleh diberikan jaminan.

Kes ditangguhkan sehingga 7 Ogos depan untuk laporan forensik dan laporan kimia.

Sementara itu, dua wanita Rohingya iaitu Humaira, 18 dan Minara, 29 dihadapkan ke mahkamah yang sama di atas pertuduhan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

**media[3547524]**

Bagaimanapun kertas pertuduhan tidak dibacakan terhadap mereka berikutan kedua-duanya tidak memahami bahasa Melayu.

Nurul Aina kemudiannya menetapkan 23 Jun ini bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan tiga warga Rohingya termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan pada 31 Mei lalu.

Kejadian berlaku akibat perselisihan faham membabitkan masalah rumah tangga menjadi punca seorang lelaki etnik Rohingya maut ditikam di sebuah rumah di Simpang Ampat, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, isteri mangsa berusia 26 tahun turut dilaporkan cedera dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan beberapa kesan tikaman pada badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.